23 Jun 2013 - 19:30
Kumpulan anti diskriminasi agama salahkan Morsi

Morsi buka pintu untuk rusuhan agama

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan anti diskriminasi agama mengutuk keganasan yang terjadi di kampung Zawyat Abu Musalam di Giza sehingga menyebabkan pembunuhan empat pengikut mazhab Syiah dan mencederakan lapan orang yang lain.Pembunuhan yang dilakukan oleh ratusan perusuh di kampung tersebut dikatakan belum pernah terjadi dalam sejarah Mesir moden.Kumpulan tersebut menyifatkan keganasan atas nama agama ini sebagai "jenayah mazhab" di zaman pemerintahan Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh presiden Mohamed Morsi dan sekutu mereka dari golongan Salafi.Rakyat Mesir juga digesa agar lebih berhati-hati terhadap komplot palsu yang sedang melanda negara tersebut. Mereka turut menekankan betapa pentingnya protes pada 30 Jun ini untuk menjatuhkan rejim selain tidak mensia-siakan semua nilai hak kewarganegaraan dan kedaulatan undang-undang.Selain itu mereka menjelaskan bahawa retorik mazhab semakin memuncak apabila Morsi menyampaikan ucapan di persidangan "Solidariti Syria" yang mengistiharkan kononnya peperangan antara pemberontak dan presiden Bashar Assad sebagai pertelagahan mazhab."Revolusi Mesir pada 25 Januari merupakan contoh kedamaian dan kesaksamaan antara rakyat. Morsi hanyalah membuka pintu untuk persengketaan mazhab antara warga Mesir," ujar mereka.Sementara itu pejabat presiden dan perdana menteri Hisham Wandil telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin mengutuk pembunuhan empat pengikut mazhab Syiah tersebut.Gerombolan perusuh yang dikelola oleh Syeikh Salafi membakar rumah-rumah penduduk Syiah di perkampungan kecil Zawyat Abu Musalam di Giza, petang Ahad yang menyebabkan empat orang pengikut mazhab tersebut dibunuh, termasuk salah seorang pemimpinnya Hasan Shehata.