3 Julai 2013 - 19:30
Kunjungan Syeikh Al-Azhar ke Iraq untuk meneliti masalah dunia Islam.

Kementerian luar Iraq mengumumkan kunjungan Syeikh Al-Azhar ke Iraq dalam waktu terdekat untuk meneliti masalah dunia Islam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kementerian Luar Iraq dalam satu kenyataan akhbarnya mengumumkan kunjungan Syeikh Al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib dalam rangka meneliti masalah dunia Islam. Menurut kenyataan tersebut, duta Iraq di Kaherah telah mengadakan pertemuan dengan Syeikh Al-Azhar di mana Dr. Ahmad Tayyib menunjukkan minatnya untuk meluaskan hubungan antara Al-Azhar dan Iraq.Kenyataan selanjutnya menegaskan, "Syeikh Al-Azhar berjanji bahawa perjalanan ke Iraq akan memenuhi pertemuan dengan beberapa kelompok dan berbagai individu untuk penyelidikan bagi bekerjasama dalam menyelesaikan masalah dunia Islam."Antara matlamat kunjungan ini adalah penyelidikan terhadap fitnah-fitnah mazhab dalam dunia Islam yang semakin memuncak dalam beberapa bulan ini.