Penerangan Syubhat:Salah satu syubhat yang banyak dicanang oleh Wahabi ialah:Sekiranya kekhalifahan dan imamah merupakan salah satu tanggung jawab Ilahi dan perlantikan, maka kenapakah setelah kematian Uthman, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) menahan diri dari menerimanya sehingga beliau mengungkapkan kata-kata berikut ketika ditekan oleh orang ramai:دعوني والتمسوا غيري ... وأنا لكم وز`يراً خيراً لكم مني اميراً وان تركتموني فأنا كاحدكم وأسمعكم وأطوعكمTinggalkan saya dan carilah orang lain. Menjadi penasihat kepada kamu bagiku adalah lebih baik dari menjadi ketua. Seandainya kamu meninggalkan aku, maka aku seperti salah seorang daripada kamu, aku akan mendengar dan menaati.- Nahjul Balaghah Ṣubḥī, jilid 1 muka surat 136Khutbah Asal:دَعُونِى وَالْتَمِسُوا غَيْرِى فَإِنَّا مُسْتَقْبِلُونَ أَمْراً لَهُ وُجُوهٌ وَأَلْوَانٌ لَا تَقُومُ لَهُ الْقُلُوبُ وَلَا تَثْبُتُ عَلَيْهِ الْعُقُولُ وَ إِنَّ الآفَاقَ قَدْ أَغَامَتْ وَالْمَحَجَّةَ قَدْ تَنَكَّرَتْ. وَاعْلَمُوا أَنِّى إِنْ أَجَبْتُكُمْ رَكِبْتُ بِكُمْ مَا أَعْلَمُ وَلَمْ أُصْغِ إِلَى قَوْلِ الْقَائِلِ وَعَتْبِ الْعَاتِبِ وَإنْ تَرَكْتُمُونِى فَأَنَا كَأَحَدِكُمْ ولَعَلِّى أَسْمَعُكُمْ وَأَطْوَعُكُمْ لِمَنْ وَلَّيْتُمُوهُ أَمْرَكُمْ وَأَنَا لَكُمْ وَزِيراً خَيْرٌ لَكُمْ مِنِّى أَمِيراً.Tinggalkan aku, pergilah kepada orang lain. Sesungguhnya kita sedang menghadapi urusan yang mempunyai berbagai wajah dan warna. Hati-hati tidak dapat menahannya, akal-akal tidak dapat menerimanya. Memang benar awan fitnah meliputi di mana-mana pun, dan jalan yang lurus tidak lagi dikenal pasti. Ketahuilah apabila aku menyahut kamu, aku akan memimpin kamu sebagaimana yang aku tahu, aku tidak peduli tentang apa yang dikatakan orang atau yang ditegur pemberi peringatan. Sekiranya kamu meninggalkan aku, maka aku seperti salah seorang daripada kamu. Mungkin aku akan lebih mendengar dan lebih menaati sesiapapun yang kamu jadikannya pemimpin urusan kamu. Lebih aku baik menjadi penasihat bagi kamu berbanding menjadi ketua.- Nahjul Balaghah Ṣubḥī, jilid 1 muka surat 136Kritikan dan penelitian:Untuk menjawab syubhat ini, hendaklah beberapa noktah asas diberikan perhatian:Penentuan Imam adalah urusan Allah sedangkan pembentukan kerajaan adalah menurut kehendak orang ramai.Ketahuilah perkara Imamah dan isu kerajaan adalah berbeza. Ini disebbakan imamah merupakan salah satu kedudukan daripada Allah (s.w.t); namun kerajaan merupakan salah satu urusan imamah. Oleh itu sesiapapun yang diletakkan oleh Allah pada kedudukan tersebut maka dia adalah imam; samada orang ramai menginginkannya atau tidak. Kehendak manusia tidak berperanan sedikitpun dalam menentukan kedudukan imam sebagaimana dalam perlantikan para nabi.Namun isu Ali bin Abi Talib enggan menerima baiʽat tidaklah bertentangan dengan kebenaran imamah kerana pembaiʽatan orang ramai (kerajaan) memerlukan penerimaan dan kesediaan mereka. Namun imamah adalah kedudukan daripada Allah (s.w.t) yang tidak memerlukan kesediaan dan penerimaan daripada orang ramai seperti kenabian.Itulah yang terjadi ketika mana Nabi (s.a.w) tidak membentuk kerajaan Islam dalam kota Mekah, enam belas tahun sebelum Hijrah. Ini disebabkan latar pembentukan kerajaan masih belum wujud ketika itu.Pelantikan khalifah dan imam dalam al-Qur’anDi dalam al-Quran, Allah (s.w.t) menyatakan bahawa pemilihan khalifah dan pemimpin terserah kepada Yang Maha Mengetahui:اللَّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسالَتَه. الأنعام/124.[124] Allah lebih mengetahui di mana (dan kepada siapakah yang sepatutnya) Ia berikan jawatan Rasul yang diberikanNya itu. (surah al-ʼAnʽam)Begitu juga berkenaan menentukan Imam, Allah (s.w.t) berfirman:وَإِذْ قالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة. البقرة/30.[30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".وَجَعَلْناهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنا. الأنبياء/73.[73] Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin dengan perintah Kami (Surah al-Anbiya)وَنُريدُ أَنْ نَمُنَّ عَلَى الَّذينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوارِثين. القصص/5.[5] Dan Kami berhendak memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisiPeristiwa Nabi Adam dan Nabi Daud (as.)Dalil-dalil pertabalan khalifah dan imamah berdasarkan kebanyakan ayat dan riwayat dapatlah diteliti dalam kesimpulan dalam makalah pendek ini.Allah (s.w.t) berfirman tentang perkara ini:وَإِذْ قالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة البقرة/30.[30] Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (Surah al-Baqarah)Dalam ayat yang lain Allah (s.w.t) berfirman tentang kisah nabi Daud (a.s):يا داوُدُ إِنَّا جَعَلْناكَ خَلِيفَةً فِي الأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَ لا تَتَّبِعِ الْهَوى. ص/ 26.[26] Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan yang benar dan janganlah engkau menurut hawa nafsu (surah Ṣaad)Ayat “إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً” merupakan dalil perlantikan imam dan khalifahAbu ʽAbdiLlah Qurṭubī selaku ulama tafsir tersohor Ahlusunnah menganggap ayat 30 dari surah al-Baqarah (tentang nabi Adam a.s) merupakan perlantikan imam dan khalifah. Menurut beliau:هذه الآية أصل في نصب إمام وخليفة يسمع له ويطاع لتجتمع به الكلمة وتنفذ به أحكام الخليفة ولا خلاف في وجوب ذلك بين الأمة ولا بين الأئمة... .الأنصاري القرطبي، ابوعبد الله محمد بن أحمد (متوفاي671هـ)، الجامع لأحكام القرآن (تفسير القرطبي)، ج 1، ص 264، ناشر: دار الشعب – القاهرة.Asal ayat ini ialah tentang perlantikan imam dan khalifah, ucapannya didengari dan ditaati, dan perlaksanaan peraturan-peraturan khalifah, umat Islam dan para pemimpinnya tidak berselisih pendapat tentangnya…- Al-Anṣārī al-Qurṭubī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad (meninggal dunia tahun 671 Hijrah), Al-Jāmiʽ al-Aḥkam al-Qur’an (tafsir al-Qurṭubī), jilid 1 muka surat 264, percetakan Dār al-Shaʽb - al-Qāhirah.Setelah itu beliau membawa ayat ini sebagai dalil perlantikan imam dan khalifah:ودليلنا قول الله تعالى : { إني جاعل في الأرض خليفة } وقوله تعالى : { يا داود إنا جعلناك خليفة في الأرض } وقال : { وعد الله الذين آمنوا منكم وعملوا الصالحات ليستخلفنهم في الأرض } أي يجعل منهم خلفاء إلى غير ذلك من الآي الأنصاري القرطبي، ابوعبد الله محمد بن أحمد (متوفاي671هـ)، الجامع لأحكام القرآن (تفسير القرطبي)، ج 1، ص 264، ناشر: دار الشعب – القاهرة.Dalil kami ialah firman Allah “"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”, dan: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi”, serta firman Allah: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah di muka bumi,” ini semua tentang Allah menjadikan khalifah daripada mereka, begitu juga ayat-ayat lain.- Al-Anṣārī al-Qurṭūbī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad (meninggal dunia tahun 671 Hijrah), Al-Jāmiʽ al-Aḥkam al-Qur’an (tafsir al-Qurṭubī), jilid 1 muka surat 264, percetakan Dār al-Shaʽb - al-Qāhirah.Sehinggalah al-Qurṭūbī menganggap bahawa imamah adalah salah satu daripada rukun agama:فدل على وجوبها وأنها ركن من أركان الدين الذي به قوام المسلمين.الأنصاري القرطبي، ابوعبد الله محمد بن أحمد (متوفاي671هـ)، الجامع لأحكام القرآن (تفسير القرطبي)، ج 1، ص 265، ناشر: دار الشعب – القاهرة.ia menunjukkan kewajipan (imamah), dan ia adalah rukun daripada rukun-rukun agama yang dikekalkan oleh umat Islam.- Al-Anṣārī al-Qurṭūbī, Abū ʽAbdiLlah Muḥammad bin Aḥmad (meninggal dunia tahun 671 Hijrah), Al-Jāmiʽ al-Aḥkam al-Qur’an (tafsir al-Qurṭubī), jilid 1 muka surat 265, percetakan Dār al-Shaʽb - al-Qāhirah.Allah (s.w.t) berfirman tentang kerasulan nabi Ibrahim (a.s):وَلَقَدْ أَرْسَلْنا نُوحاً وَإِبْراهيمَ وَجَعَلْنا في ذُرِّيَّتِهِمَا النُّبُوَّةَ وَ الْكِتاب. الحديد/ 26.[26] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; (surah al-Ḥadīd).Begitu juga dengan jawatan keimaman baginda, Allah (s.w.t) berfirman:إِنِّي جاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِماماً قالَ وَ مِنْ ذُرِّيَّتي قالَ لا يَنالُ عَهْدِي الظَّالِمين. البقره/124.[124] "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "Jadikanlah juga dari keturunanku ". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan dicapai oleh orang-orang yang zalim." - (surah al-Baqarah)Nabi Musa juga memohon kepada Allah (s.w.t) untuk perlantikan pengganti setelah baginda:وَاجْعَلْ لي وَزيراً مِنْ أَهْلي. طه/ 29.[29] "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. (surah Ṭāhā)Begitu juga jawapan Allah (s.w.t) kepada nabi Musa (a.s):قَالَ قَدْ أُوتِيتَ سُؤْلَكَ يَامُوسى. طه/ 36.[36] Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! (surah Ṭāhā)Allah (s.w.t) berfirman tentang para nabi dari kalangan Bani Isra’il:لَقَدْ أَخَذْنا ميثاقَ بَني إِسْرائيلَ وَ أَرْسَلْنا إِلَيْهِمْ رُسلاً. المائدة/ 12.[12] Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil, dan Kami telah utuskan dari para rasul (surah al-Mā’dah)Allah (s.w.t) juga berfirman tentang pemimpin-pemimpin Banī Isra’il yang mana para imam diutuskan bagi memberi hidayah dengan perintah Allah:وَ جَعَلْنا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنا . السجدة/24.[24]Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar. (Al-Sajdah)Oleh itu dalam seluruh ayat ini, pemilihan khalifah dan imam telah dinisbahkan kepada Allah (s.w.t) sahaja, sama seperti pengutusan para nabi.Pemilihan Khalifah dalam sunnah Nabi (s.a.w)Pemilihan khalifah dan pemimpun dalam sunnah Nabi (s.a.w) sama seperti al-Qur’an di mana ia telah dinisbahkan kepada Allah (s.w.t).Pemilihan Khalifah oleh Allah (s.w.t):Ulama besar Ahlusunnah seperti Ibnu Hisham, Ibnu Kathir, Ibnu Ḥibbān dan yang lain-lain lagi telah menukilkanm sebaik sahaja kabilah-kabilah Arab diseru ke arah Islam, sebahagian daripada para tokoh bersar kabilah-kabilah seperti Banī ʽĀmir bin Ṣaʽṣaʽah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w): Apakah sepeninggalmu perkara tersebut (kekuasaan) menjadi milik kami?, Nabi (s.a.w) menjawab: أيكون لنا الأمر من بعدك؟.“Perkara tersebut kembali kepada Allah (s.w.t), Dia akan memberikannya kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya”.Sebagai contoh, berikut adalah beberapa perkara dari ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan tentang pemilihan khalifah:1. Urusan (kepimpinan) kembali kepada Allah, Dia meletakkan siapa sahaja yang dikehendakiNya.عن الزهري أنه أتى بني عامر بن صعصعة فدعاهم إلى الله عز وجل وعرض عليهم نفسه فقال رجل
21 Julai 2013 - 19:30
News ID: 443646