Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kumpulan pengganas Jabha Nusra hari ini mengaku bertanggung jawab atas serangan sebuah trak yang sarat bahan letupan terhadap Husainiyah al-Thabitiyah, di Homs.
Berasaskan laporan ini, pengganas bernama Shalih al-Sa'id, atau dikenali sebagai Abu Mus'ab, warganegara Arab Saudi dikatakan melancarkan serangan terhadap majlis azadari di daerah al-Thabithiyah, Homs. Dalam serangan ini 12 orang penduduk awam termasuk seorang kanak-kanak berusia 6 bulan terbunuh, manakala jumlah mereka yang cedera ialah 30 orang. Menurut laporan televisyen Syria, pengganas menggunakan bahan letupan seberat 3 tan di dalam sebuah trak. Selain husainiyah, rumah-rumah penduduk di sekitar kawasan terbabit turut mengalami kerosakan teruk. Salah seorang penduduk berkata, "Bunyi letupan tersangat kuat, apa sahaja yang berada di sekitar kawasan letupan rosak semuanya. Sebilangan orang terbunuh dan cedera, banyak rumah dan kedai yang rosak." Penduduk yang lain pula berkata, "Perbuatan ini bukan sahaja ganas, malah jenayah. Tindakan ini benar-benar bukan melambangkan akhlak, agama dan Arab. Berbagai jenis kezaliman dan kebencian dunia sedang menumpukan perhatian terhadap Syria. Syria sebuah negara yang pernah aman untuk kehidupan. Bagi mereka yang penting ialah Israel dapat hidup dengan aman, sedangkan yang lain tidak penting." "Individu-individu yang mempunyai lima dan empat anak telah syahid dalam serangan ini. Manakala seorang syuhada yang lain berusia dua tahun," ujar penduduk yang lain lagi. Salah seorang ulama tempatan berkata, "Mereka ingin mewujudkan perpecahan. Kampung ini akan meningkatkan solidariti dengan perkampungan yang lain. Apa yang terjadi bukanlah perbuatan orang dari kampung lain." Gabenor Homs Talal Barrazi yang melawat tempat kejadian turut menyatakan dukacitanya terhadap keluarga mangsa. Beliau berjanji akan memantau kes ini.





................
پایان پیام/ 218