18 November 2013 - 20:30
Pengganas serang kedutaan Iran di Beirut, 23 terbunuh, 150 cedera

Media Lubnan melaporkan 23 orang terbunuh dan 150 cedera dalam serangan bom terhadap kedutaan Iran di Beirut

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - 23 orang terbunuh dan 150 cedera dalam serangan bom yang di sasarkan terhadap Kedutaan Iran di Selatan Beirut sebentar tadi. Al-Manar memetik satu sumber yang menyatakan serangan bom pertama dilakukan oleh individu yang meletupkan dirinya sendiri di sebuah lokasi. Ketika penduduk tempatan dan pasukan polis yang mengawal kedutaan Iran dan Yaman tiba di tempat kejadian, sebuah kereta yang disembunyikan bom meledak sehingga menyebabkan kematian ramai individu dan kerosakan besar di lokasi kejadian. Sumber menganggarkan berat bom itu mencapai 100 kilogram.

الشيخ الايراني ابراهيم الانصاري
Antara yang terbunuh ialah Konsul Kebudayaan Kedutaan Republik Islam Iran di Beirut, Ibrahim Al-Anshari.

Menteri Penerangan Syria tuduh Saudi dan Israel

Menteri Penerangan Syria Imran Al-Zuabi berkata, "Jelas sekali, pengeboman di Bi'r Hasan, berhampiran kedutaan Iran di Beirut mengeluarkan bau 'petrol dollar', terdapat negara tertentu di rantau ini seperti Saudi dan negara-negara Teluk Parsi, termasuk entiti Israel yang ingin meluaskan politik terrorisme ke seluruh rantau. Apa yang terjadi ialah perbuatan pengganas, yang berdiri di belakang Arab dan paksi Barat."

Laman sesawang 'Panorama al-Sharq Al-Awshat' memetik kata-kata Al-Zuabi yang menyatakan, "Kewajipan masyarakat antarbangsa ialah menghadapi operasi pengganas ini, dan menekan beberapa negara supaya perbuatan mengeskport serta mendukung terrorisme sebagaimana yang sudah terjadi di Syria, Iraq dan Lubnan dapat dicegah. Beliau menegaskan bahawa, "Apa yang terjadi bukanlah kebetulan, bahkan ia perbuatan terancang yang dibantu oleh perisikan Israel dan Saudi.

"Pengeboman di Bi'r Hasan mempunyai kaitan dengan perkembangan Syria, Persidangan Geneva dan rundingan nuklear, ianya adalah mesej kepada mereka yang inginkan bahasa perundingan daripada Arab Saudi dan Israel.

"Askar Arab Syria akan menuruti perlembagaannya dalam menghadapi terrorisme.

"Jelas rantau ini mempunyai kepentingan dan kesulitannya yang sama." Kata beliau

Tehran: Zionis dan ejen-ejennya dalang pengemboman Beirut

Jurubicara Kementerian Luar Iran, Mardhiyah Afkham dalam kenyataannya sebentar tadi mengutuk keras pengeboman tersebut sambil menuduh Zionis dan ejen-ejennya sebagai dalang di sebalik pengeboman kedutaan Iran di Beirut. 

Pihak beliau akan memantau kes yang membunuh beberapa orang penduduk Lubnan termasuk Konsul Kebudayaan Kedutaan.