18 November 2013 - 20:30
Mufti Ahlusunnah kecam pengeboman di Beirut

Mufti Ahlusunnah Lubnan keluar kenyataan mengutuk pengeboman pengganas di hadapan kedutaan Republik Islam Iran hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syiekh Muhammad Rashid Qabbani dalam wawancara bersama televisyen Lubnan mengutuk tindakan pengganas dan berkata, "Jenayah ini jelas menunjukkan tindakan terdesak golongan pengganas di Lubnan dan berleluasanya pembunuhan dengan niat menyalakan api fitnah di kalangan penduduk Lubnan terutamanya umat Islam."Tambah beliau lagi, "Para penjenayah ini belajar dari mereka yang mempunyai hubungan dengan konspirasi kuasa-kuasa besar."Qabbani turut menegaskan bahawa Israel berusaha merosakkan kesejahteraan serantau sehingga negara haram Zionis itu dapat meneruskan kehidupannya sendiri. Mufti Ahlusunnah Lubnan turut mengucapkan takziah atas kematian Hujjatul Islam Ibrahim Anshari dalam perbualan telefon bersama Duta Besar Republik Islam Iran di Beirut, Ghazanfar Rokne Abadi.