5 Disember 2013 - 20:30
Perpaduan dan kesetiakawanan masalah paling penting bagi dunia Islam

Khatib solat Jumaat Ahlusunnah Jargalan berkata, "Perpaduan dan kesetiakawanan umat Islam merupakan masalah paling penting dunia Islam, sementara umat hari ini memerlukan perpaduan lebih dari segala sesuatu."


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Imam solat Jumaat Ahli Sunnah Jargalan, Haji Akhun Samad dalam khutbahnya minggu ini menceritakan hasrat pihak musuh yang ingin mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam melalui konspirasi mereka. Tambah beliau lagi, "Umat Islam, para ulama dan tokoh agama hendaklah peka dan menjaga perpaduan di kalangan mereka di samping menutup mulut tukang fitnah."

Akhud Samadi menjelaskan, "Perpaduan dan kesetiakawanan muslimin merupakan peluang terbaik untuk menunjukkan kekuatan umat kepada kuasa besar dunia terutamanya Zionis. Hari ini, dengan menyedari kedudukan dunia Islam, maka perpaduan adalah pilihan terbaik untuk menghadapi pembuli global.

"Sekiranya kaum muslimin sedunia ingin mencapai kemajuan dalam semua bidang, dan meraih kejayaan, kebahagiaan di dunia dan akhirat, maka mereka hendaklah taat kepada pemimpin umat Islam dan meletakkan kenyataan-kenyataan rahbar sebagai misinya.

"Perpaduan umat Islam bukanlah sesuatu topik yang baru untuk diperbahaskan, bahkan ianya merupakan salah satu dari prinsip agama Islam yang mana Allah (s.w.t) menyerunya sebagai rahsia kejayaan umat Islam, dan Allah menyeru semua orang melaksanakan perkara penting ini.

"Al-Qur'an menyeru kepada perpaduan dan menggenggam erat tali Allah, surah Al Imran ayat 103 ['Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah, dan janganlah bercerai berai] menerangkan tentang perpaduan dan solidariti," tutur beliau.

Lebih kurang 10 peratus dari 867 ribu penduduk Khorasan Utara dari suku Turkmen adalah pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.