Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Jawad Amuli berkata, "Dasar agama yang berpaksikan al-Qur'an dan sirah Ahlul Bait (a.s) perlu diperkenalkan ke seluruh dunia.
"Nahjul Balaghah hendaklah menjadi pedoman ulama dalam menyampaikan makrifat Syiah," kata beliau dalam pertemuan bersama pengerusi persatuan Syiah Jerman, Khalil Zadeh di Institut Antarabangsa Ulum Wahyani Isra.
Mengenai penyebaran Islam di seluruh dunia, terutama sekali di Barat, beliau berkata, "Perkara bersama antara Ahli Sunnah dan Syiah hendaklah diberi perhatian dalam dakwah agama Islam dan memperkenalkan dasar-dasar Ahlul Bait (a.s) ke seluruh dunia. Perkara-perkara yang membangkitkan perselisihan perlu dijauhi.
"Kemajuan sains dan ilmu pengetahuan tidak sekali-kali menjadi penghalang kecenderungan ke arah agama. Bahkan sains melazimkan penerimaan agama dan pemahaman yang mendalam, terutama sekali Barat yang hari ini sudah keletihan apabila semua kemajuannya didorong untuk dijadikan sebagai pembunuh manusia dan ke arah memenuhi syahwat," kata beliau.
Ulama tafsir tersohor di dunia tasyayyu' ini menyentuh tentang jalan penyelesaian global dari peperangan dan keganasan dengan menyatakan, "Ucapan-ucapan mengenai Islam merupakan sesuatu yang baru bagi Barat, dan dunia hendaklah tahu bahawa makrifat tentang Ahlul Bait mampu membebaskan diri dari peperangan dan keganasan."
Dalam pertemuan ini, Hujjatul Islam Khalil Zadeh menyerahkan laporan kegiatan masyarakat Syiah di Jerman.
Ayatullah al-Uzma Jawad Amuli;
Mengenal Ahlul Bait, jalan keluar dunia dari peperangan dan keganasan
13 Februari 2014 - 06:28
News ID: 505702

Salah seorang marja' taqlid Syiah menyatakan bahawa kemajuan ilmu tidak menghalang kecenderungan beragama. Beliau menegaskan, "Barat perlu tahu, mengenal Ahlul Bait adalah jalan keluar dunia dari peperangan dan keganasan."