24 Februari 2014 - 20:30
Tindakan serius perlu diambil bagi menghentikan keganasan terhadap umat Islam

Wakil dan Setiausaha sulit Syeikh al-Azhar berkata, "Apa yang terjadi di Palestin, Myanmar da Afrika Tengah perlu dikutuk, dan tindakan serius diambil bagi menghentikan keganasan."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wakil Syeikh al-Azhar, Dr. Abbas Suman mengeluarkan kenyataan bahawa Dr. Ahmad Tayyib meminta semua penjawat di Universiti al-Azhar mengambil tindakan segera untuk membela umat Islam di seluruh dunia di samping mengambil langkah-langkah serius bagi menangani jenayah yang dilakukan terhadap umat Islam seperti di Afrika Tengah dan Myanmar.Beliau menerangkan al-Azhar mempunyai tanggung jawab terhadap umat Islam dan menambah, "Al-Azhar turut berbakti demi kemanusiaan dan mengambil teladan dari ajaran Islam yang menekankan perluasan kedamaian dan persahabatan walaupun dengan non muslim."Suman meminta para duta negara-negara asing turut campur tangan dalam hal ehwal umat Islam yang ditindas. "Apa yang terjadi di Palestin, Myanmar dan Afrika Tengah perlu dikutuk, dan tindakan serius diambil bagi menghentikan keganasan," tutur beliau.Setiausaha sulit Syeikh al-Azhar menerangkan, negara-negara Islam mempunyai kekuatan bagi melaksanakan perkara tersebut. Kata beliau lagi, "Walau bagaimanapun negara-negara Islam tidak tahu di manakah kekuatan itu dan ini menyebabkan kuasa dominasi mengawal mereka sehingga mereka sibuk dalam masalah dalaman. Perkara ini perlu ditangani dan masalah-masalah kehidupan serta isu membangunkan nasib diri perlu dirujuk kepada kedudukan kuasa yang diajar Islam."Beliau turut menyentuh tentang saluran televisyen al-Azhar yang akan disiarkan melalui satelit dan berkata, "Saluran televisyen ini tidak sekadar saluran agama semata-mata, bahkan kami akan berusaha menyediakan perbahasan tentang berbagai masalah Dunia Islam dan menyelesaikan masalah-masalah umat secara berperingkat."