Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin pengganas Jabha Nusra, Abu Muhammad al-Golani yang pernah menjadi salah seorang anggota Da'ash (militan Negara Islam Iraq dan Sham) memberi tempoh selama 5 hari supaya bekas kumpulannya itu agar menuruti semua keputusan yang diputuskan oleh mahkamah syariahnya.
Al-Golani dalam satu rakaman suara menyentuh tentang terbunuhnya pemimpin Jabha Nusra Abu Khalil al-Suri sambil mengeluarkan ugutan kepada Da'ash, iaitusekiranya kumpulan tersebut tidak menerima hukum Allah, maka umat akan memerangi pemikiran jahiliyahnya dan Da'ash juga akan diusir dari seluruh tempat termasuk Iraq.
Rakaman itu turut meminta gencatan senjata dan pembatalan semua fatwa-fatwa golongan Takfiri yang mencetuskan peperangan sesama pengganas sehingga sebuah badan kehakiman syariah dapat diwujudkan.
Al-Golani turut mengistiharkan kekafiran kumpulan pemberontak FSA (Free Syrian Army) walaupun kumpulan tersebut sedang memerangi presiden Bashar al-Assad.
"FSA tidak ingin mendirikan kekhalifahan Islam dan ini menyebabkan mereka kafir," katanya lagi.
Rakaman suara itu turut mendakwa kumpulan mereka sebagai pewaris Islam dan Osama bin Laden. "Perkara ini tidak perlu dibuktikan dan kebanyakan kumpulan sedang memerangi kamu (Da'ash), apa sahaja kenyataan yang keluar dari Da'ash merupakan keraguan," tambahnya lagi.
"Jabha Nusra sekali lagi meletakkan pemimpinnya dalam memutuskan hukuman bagi para pengikut dan umat Islam supaya kami dapat melaksanakan syariat Allah tanpa sebarang syarat," kata Al-Golani di akhir rakaman.
25 Februari 2014 - 16:13
News ID: 509100
Kumpulan pengganas Jabha Nusra memberi tempoh 5 hari kepada militan Da'ash untuk mematuhi keputusan perbicaraan mahkamah syariahnya.