25 Februari 2014 - 20:30
Penunjuk perasaan maut di penjara rejim Bahrain

Jaafar Sadiq al-Dirazi yang mengidap penyakit anemia meninggal dunia akibat diseksa dan tidak diberi rawatan selama meringkuk dalam penjara rejim Al Khalifah lebih dari sebulan lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang lagi penunjuk perasaan maut di tangan rejim Bahrain setelah penyuraian demonstrasi di negara teluk parsi itu.Parti pembangkang utama Bahrain Al-Wefaq berkata pada hari Rabu, Jaafar Sadiq al-Dirazi meninggal dunia akibat diseksa di penjara dan kekuarangan bantuan perubatan.Laporan menyebut, rakyat Bahrain itu berasal dari kota Daih, berhampiran ibukota Manama dan mengidap penyakit anemia. Beliau meninggal dunia setelah meringkuk dalam penjara lebih dari sebulan.Awal minggu ini Al-Wefaq mendesak Suruhanjaya Tertinggi PBB Hak Asasi Manusia termasuk pertubuhan Palang Merah agar meninjau situasi buruk penjara yang terletak di pulau Muharraq.Sejumlah 500 tahanan sedang menderita kelaparan dan kekurangan zat makanan di penjara ketika memprotes layanan buruk terhadap penghuninya. Sekurang-kurangnya 3000 tahanan termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan berada dalam penjara tersebut.Rejim Bahrain dilaporkan telah menggunakan berbagai kekerasan dalam menangani protes anti rejim yang tercetus sejak awal tahun 2011.Penduduk Bahrain pada awalnya menuntut perubahan politik dan institusi beraja yang mengamalkan sistem diskriminasi dalam peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun protes rakyat tersebut bertukar menjadi tragedi kemanusiaan apabila ejen Al Khalifah menggunakan taktik keganasan seperti membunuh, menyeksa dan menangkap orang ramai bagi mengekang tunjuk perasaan.Manama turut mengundang tentera Arab Saudi bagi membantu kerajaannya menyuraikan demonstrasi. Ratusan rakyat dilaporkan terbunuh sepanjang demonstrasi sejak tahun 2011 lalu.Awal bulan ini, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International mengecam rejim Bahrain kerana menindas para penunjuk perasaan. Pada 14 Februari lalu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon menggesa rejim Bahrain menghormati peraturan hak asasi manusia antarabangsa dalam menghadapi penunjuk perasaan di negaranya.

/129