Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah Imamiyah termasuk wanita dan kanak-kanak telah ditahan ketika menyambut ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab (a.s) di negeri Perak. Antara mereka yang ditahan ialah seorang penceramah dari Kedah, Syeikh Abdullah bin Hasan.Berasaskan laporan ini, lebih 100 anggota polis dan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) terlibat dalam operasi tersebut. Pihak polis bertugas di Ibupejabat Polis Selama ini menyatakan mereka tidak tahu menahu tentang operasi ini dan hanya diperalatkan oleh JAIP bagi menahan pengikut mazhab Syiah.Kesemua yang ditahan di bawa ke ibupejabat polis dengan trak dan dilaporkan sedang meringkuk dalam lokap di mana kanak-kanak dibenarkan bermalam bersama ibu masing-masing manakala warga emas diasingkan dari tahanan lain. Pihak polis juga menyediakan makanan kepada tahanan tersebut kira-kira pukul 10 malam waktu Malaysia.JAIP sebelum ini mengalami kekalahan dalam perbicaraan 2 kes penangkapan atas tuduhan memiliki bahan berunsur mazhab Syiah di negeri tersebut. Pihak ABNA sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut tentang penangkapan tersebut dari lokasi insiden.


7 Mac 2014 - 20:30
News ID: 512150
Kira-kira 300 orang pengikut mazhab Syiah ditangkap Jabatan Agama Islam Perak ketika menyambut ulangtahun kelahiran Sayyidah Zainab (a.s) di negeri Perak sebentar tadi.