5 Mei 2014 - 15:14
Hizbullah iring jenazah Husain al-Musawi dan Mohammed Haidar yang gugur syahid di Syria

Dua anggota Hizbullah yang gugur syahid di Syria selamat dipusarakan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hizbullah Lubnan mengadakan perarakan jenazah Husain Mohammed al-Musawi (Sayid Imad) di kota al-Nabi Shet yang gugur syahid ketika bertugas di Syria.

Selepas membaca doa Ziarah, kedua-dua jenazah di bawa ke dalam makam Nabi Shet (a.s), dan perarakan membawa keranda shuhada Hizbullah mula bergerak menuju ke arah permakaman Sayyidu Syuhada al-Moqawama al-Islamiya Lubnan Sayid Abbas Musawi. Peserta perarakan turut membawa bunga dan melaungkan slogan "Kami sahut seruanmu ya Zainab!".

Perarakan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Syariah Hizbullah al-Syeikh Muhammad Yazbek dan Naib Persatuan al-Wafa, Husain ai-Musawi dan Ali Miqdad, serta ketua-ketua organisasi masyarakat Lembah Bekaa.

Ketika sampai di Taman Syuhada, anggota unit Mujahidin memberikan penghormatan kepada roh syuhada dan menyatakan ikrar untuk meneruskan perjuangan. Syeikh Yazbek memimpin solat jenazah dan kedua-dua syuhada tersebut selamat dikebumikan.

Syeikh Yazbek turut memberikan ucapan bahawa para mujahidin bersedia memberikan tindak balas dan tidak akan membiarkan anggotanya dan para penduduk Lubnan terus diprovokasi oleh pihak musuh. Tambah beliau lagi, "Kami sentiasa yakin dengan kemenangan bersama janji Allah".