Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa orang penduduk kampung Balida terpaksa berhadapan dengan saat-saat getir ketika tentera Israel muncul di sempadan Lubnan, bersebelahan Wilayah Syu'aib yang diduduki Israel.
Penduduk Lubnan Haji Muhammad Zahir, beberapa anggota Pasukan Perisikan Selatan Lubnan dan Pasukan Interim Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) ketika itu sedang berekreasi di kawasan terbabit dan bermain muzik.
Marah dengan perhimpunan tersebut tentera Israel menunjukkan isyarat lucah di sebalik pagar sempadan dan pihak ABNA tidak dapat menyiarkan gambar tersebut di sini.
Tentera Israel sebelum ini bertindak memberi amaran bahawa penduduk Lubnan tidak mempunyai hak untuk menggunakan air telaga yang terletak di perkampungan Balida.
Haji Muhammad Zahir Shahridar berkata, "Penduduk Balida pernah membeli beberapa tanah yang sekarang ini berada dalam pendudukan Israel".
Tambah beliau lagi, "Kampung telaga Syuib terletak di dalam kawasan Lubnan dan penduduk kawasan ini tidak rela menukarkannya dengan tanah lain".
Berasaskan laporan ini, askar Lubnan sedang menyelesaikan masalah tanah kawasan tersebut dan penduduk di situ rela menerima apa sahaja keputusan yang dibuat pihak tentera.

















