13 Jun 2014 - 19:41
Wanita Iraq dibekal senjata untuk hadapi pengganas ISIS

Beberapa orang wanita Iraq telah dilatih menggunakan senjata sebagai persiapan menghadapi serangan pengganas ISIS

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - lebih 200 orang menganggotai pasukan Angkatan Wanita Iraq di wilayah Diyala untuk menghadapi pengganas Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS).

Anggota senior pasukan tersebut, Saji Qaudri berkata, "Kami mengangkat senjata sebagai persediaan memasuki medan tempur dengan ISIS yang berlangsung dengan sengit di Diyala".

Qaduri dalam wawancara bersama dengan Sumariya News turut mengulas perang psikologi yang dimainkan oleh beberapa media yang bertujuan melemahkan semangat pasukan keselamatan Iraq dan menganggapnya sebagai pengkhianatan terhadap bangsa.

Beliau turut menyatakan penduduk Wilayah Diyala mempunyai pilihan samada menang atau mati syahid. Tambahnya lagi, "Penyertaan wanita Diyala dalam peperangan terhadap kumpulan pelampau merupakan kemuliaan dan kesetiaan terhadap negara mereka".

Wakil Ayatullah Sistani, Syeikh Abdul Mahdi Karbala'i dalam khutbah Jumaat di Haram Imam Husain, Karbala hari ini berkata mereka yang berkemampuan untuk menghadapi pengganas hendaklah menjadi anggota sukarela kerana mempertahankan Iraq adalah tanggung jawab rakyat.

Menyentuh tentang para marja' taqlid yang menyokong usaha pasukan keselamatan Iraq dalam menghadapi kumpulan pengganas, beliau berkata, "Mereka menyeru dengan keberanian, kesabaran dan kecekalan. Ini disebabkan mempertahankan Iraq adalah kewajipan rakyat dan semua orang hendaklah turun padang dalam mempertahankan Iraq".

Ribuan pemuda di Najaf hari ini menyahut seruan Ayatullah Sistani untuk menjadi sukarela untuk bergabung dengan askar Iraq dalam mempertahankan Iraq dan menghadapi pengganas ISIS.

.................