Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang ulama terkemuka di Iraq menggesa orang ramai mengangkat senjata dan mempertahankan negara mereka dalam menghadapi militan Negara Islam Iraq dan Sham (ISIS).
Sheikh Abdul Mahdi al-Karbalai berkata demikian dalam khutbah Jumaat di kota Karbala.
Mengulas tentang perkembangan terbaharu, Al-Karbala'i yang merupakan wakil Ayatullah Sayid Ali Sistani berkata pertubuhan Islam di Iraq mengajak rakyat mempertahankan negara mereka.
Sejak beberapa hari lepas, angkatan tentera Iraq telah terlibat dalam pertempuran sengit dengan pengganas yang sebelum ini telah mengeluarkan ancaman untuk memperluaskan keganasan mereka di beberapa bandar lain termasuk Baghdad.
Hari ini pemuda-pemuda Iraq beratur panjang untuk mendaftarkan diri mereka sebagai pasukan sukarela untuk membantu askar kerajaan memerangi pengganas ISIS.
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini mengutuk serangan ke atas bandar kedua terbesar Iraq Mosul oleh militan Takfiri dan penculikan kakitangan konsulat Turki.
Sementara itu Menteri Luar Russia berkata, pengganas Takfiri berusaha untuk mengukuhkan diri mereka di seluruh Timur Tengah dengan melakukan berbagai aksi kejam di beberapa negara seperti Iraq dan Syria.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis lalu, jurucakap Kementerian Luar Russia Alexander Lukashevich menyifatkan keadaan semasa di Iraq sebagai pergolakan yang amat tegang dan beliau mengecam komplot pengganas yang cuba berakar umbi di Iraq, Syria dan seluruh rantau.
13 Jun 2014 - 20:39
News ID: 615772
Sheikh Abdul Mahdi al-Karbalai dalam khutbah Jumaat hari ini menegaskan betapa pentingnya penyertaan golongan muda dalam pasukan sukarela untuk membantu askar kerajaan.