Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei dalam pertemuan bersama kabinet kerajaan berkata, "Masalah Gaza benar-benar musibah berat dan rejim Zionis melakukan jenayah ini dengan mengambil kesempatan atas kelalaian dunia Islam."
Tambah beliau lagi, "Pembunuhan penduduk Gaza di tangan Zionis perlu dijadikan faktor berganding tangan antara negara Islam dan rakyatnya, penyingkiran perselisihan dan perpaduan antara satu sama lain."
Serangan Israel ke atas Gaza sudah masuk hari yang ke lapan di mana hampir 190 orang dilaporkan terbunuh dan kira-kira 1300 yang lain cedera.
15 Julai 2014 - 09:58
News ID: 624104
Kelalaian dunia Islam punca Israel mengganas