15 Julai 2014 - 21:02
Pengganas ISIL lari setelah pembebasan kota Tikrit

Pengganas ISIL terpaksa melarikan diri setelah askar kerajaan berjaya menguasai sebahagian besar kota Tikrit

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Kementerian Pertahanan Iraq mengumumkan bendera Iraq kembali dikibarkan di atas bangunan pemimpin, tengah Tikrit, setelah askar kerajaan berjaya menguasai wilayah tersebut dalam operasi yang bermula pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian tersebut, askar kerajaan yang bertawakkal kepada Allah (s.w.t) berusaha keras membebaskan Tikrit dengan bantuan tentera udara sehingga berjaya membebaskan kebanyakan kota dan menguasai bangunan kerajaan, hospital. Sementara itu anggota pengganas Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) terpaksa melarikan diri dari kota tersebut.

Kenyataan tersebut menambah, askar kerajaan mula mengibarkan bendera Iraq di atas kediaman pemimpin di samping membersihkan beberapa kawasan lain dari anasir pengganas.