18 Julai 2014 - 12:30
Israel bagai serigala menerkam mangsa

Penyamun global telah memberikan lampu hijau dan vetonya kepada makhluk belantara ini, malah rundingan dengan Zionis mewajarkan pemangsa dan membuang waktu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hujjatul Islam Sadeghi dalam khutbah Jumaat minggu ini menceritakan tentang serangan rejim Zionis terhadap Gaza dengan berkata, "Serangan ganas dan kejam Israel ke atas Gaza telah bermula, namun sejak awal lagi mereka dicipta seperti serigala untuk menerkam kambing dan ditempatkan di situ."

Tambah beliau lagi, "Israel merupakan makhluk yang bukan sekadar tidak mengenal Tuhan, malah tidak takut kepada hari kiamat serta undang-undang yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa. Orang yang menanam benih haram di Timur Tengah itulah yang melahirkan makhluk ini, begitu juga penyamun di peringkat global telah memberikan lampu hijau kepada hak dan veto terhadap makhluk belantara ini."

Mengulas tentang jenayah di Gaza sehingga menyebabkan kanak-kanak dan wanita turut menjadi korban, beliau berkata, "Dengan alasan seorang atau tiga warga Zionis telah hilang, mereka membunuh lebih dari 220 orang dan mencederakan ratusan yang lain tanpa belas kasihan. Mereka menghujam api ke atas kepada penduduk yang tidak mempunyai perlindungan, begitulah musibah besar yang menyakiti naluri kemanusiaan."

Hujjatul Islam Sadeghi menegaskan, "Cukuplah sekiranya negara-negara serantau dan negara-negara Islam sedar dan tahu bahawa serigala tidak akan berkompromi dengan kambing. Sekiranya mereka berunding sekalipun, ia tidaklah membawa kepada hak dan keadilan, malah ianya mewajarkan pemangsa dan membuang waktu golongan tertindas."