15 Oktober 2014 - 06:17
Serangan bom di Kazimiyah, wakil parlimen terbunuh.

Media dari Baghdad melaporkan 24 orang terbunuh dan 54 yang lain cedera dalam serangan pengganas kelmarin.


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pengganas berideologi Takfiri melancarkan serangan bom di wilayah Kazimiyah, Utara Baghdad sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh manakala 54 yang lain menderita kecederaan.

Al-Sumariya News melaporkan wakil parlimen Iraq Ahmad al-Khaffaji turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Serangan dikatakan berpunca dari seorang pengebom bunuh diri yang meletupkan dirinya di pos pemeriksaan askar Iraq yang terletak di antara, wilayah al-'Atifiya dan al-Kazimiyah, Barat Laut Baghdad.

Serangan yang disasarkan terhadap askar itu telah memakan korban beberapa pasukan keselamatan.

Dalam kejadian berasingan, dua lagi serangan bom pengganas berlaku di Timur Laut dan Selatan Baghdad. Setakat ini sekurang-kurangnya 4 orang dilaporkan terbunuh manakala laporan terperinci belum disiarkan media.

Sehari sebelum ini pengganas ISIS bertanggung jawab dalam siri serangan bom di kota Sadr dan wilayah al-Kazimiyah dengan jumlah angka kematian sebanyak 45 orang.