4 Disember 2014 - 03:23
Serangan bom di hadapan kediaman duta Iran di Sanaa

Dua orang dilaporkan terbunuh manakala 17 yang lain cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Kota Sanaa digegarkan serangan bom kereta berhampiran dengan kediaman rasmi duta Repblik Islam Iran ke Yaman.

Pasukan keselamatan dan perubutan bergegas ke tempat kejadian setelah pengeboman dan mendapati dua orang yang berada di tempat kejadian maut. Media-media Yaman memaklumkan terdapat bahagian tembok kediaman duta rosak teruk akibat letupan tersebut.

Dalam kejadian ini, duta Iran tidak ada di kediaman tersebut. Seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata, anak pengawal keselamatan bernama Ali Abdul Wasi' al-Idrisi terbunuh manakala 17 yang lain mengalami kecederaan. Selain itu betapa besarnya kesan letupan, rumah-rumah yang berhampiran dengan tempat kejadian turut dilaporkan mengalami kerosakan.

Timbalan Kementerian Luar bagi Arab dan Afrika, Husain Amir Abdullahiyan berkata, "Dalam letupan di Sanaa, rumah kediaman duta mengalami kerosakan fizikal dan tidak ada seorang pun diplomat yang cedera."

Dua hari sebelum kejadian, duta Iran ke Yaman mengucapkan takziah dalam ulangtahun kematian presiden Yaman.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Mardhiye Afkham berkata, "Berasaskan laporan terkini, semua kakitangan Iran di kedutaan Yaman selamat. Namun ini bukanlah topiknya dan perincian kejadian masih disiasat."