7 Disember 2014 - 08:54
Pesediaan pasukan keselamatan untuk keamanan Arba'in

Kota Muthanna bersiap sedia menjaga keselamatan dan kesihatan para penziarah Arba'in.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Major Jeneral Kazim Abi al-Hayl, Ketua Polis al-Muthanna mengumumkan pihaknya sudah bersiap sedia untuk menjaga keamanan penziarah Arba'in tahun ini.

Menurut beliau, pasukan keselamatan di kota ini sudah dikerah untuk menjaga keamanan sejak 6 Safar lalu (29 November).

"Pasukan polis ini benar-benar bersedia untuk menjaga para penziarah dari bandar-bandar yang terletak dari Selatan hingga ke Karbala," jelas beliau.

Pada masa yang sama, Haji Abdul Ridha al-Ghazwi, penyelia jawatankuasa keselamatan dan pasukan relawan di kota Samawa memaklumkan pihaknya telah meletakkan banyak unit di seluruh pelusuk kota untuk membantu pasukan polis.

Selain itu, Dr. Husain Ali Musa, Ketua Pengarah Kesihatan kota al-Muthanna telah menyediakan 53 pusat bantuan kesihatan di sempadan daerah ini untuk berkhidmat kepada para penziarah.

Tambah beliau lagi, beberapa pusat ambulans juga ditempatkan di antara jalan utama hingga ke Karbala.

"Pengurusan kesihatan al-Muthanna dalam rangka berkerjasama dengan Pusat Kesihatan Karbala telah mencapai persetujuan untuk meletakkan dua pusat bantuan kesihatan di antara Najaf ke Karbala," tutur beliau sambil menegaskan bekalan ubat-ubatan untuk penziarah hari Arba'in adalah mencukupi.

Tahun ini 15 ribu pasukan keselamatan telah dikerah untuk menjaga keselamatan penziarah hari Arba'in. Selain itu kota al-Muthanna turut mengirim Unit Pemusnah Bom ke kota Karbala.

...............