21 Januari 2015 - 07:53
Zionis bergembira atas kematian Jihad dan Imad

Kematian Jihad Mughniye menjadi tajuk utama media Israel kelmarin

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Berita serangan helikopter Zionis ke atas konvoi Hizbullah di Qanitra menjadi tajuk hangat di muka depan akhbar Israel semalam yang mana salah satunya mengambil tema 7 tahun pembunuhan Imad Mughniye (2008) dan anaknya Jihad Mughniye (2015).

Tanpa mengendahkan ancaman serangan balas yang hebat dari pejuang Hizbullah dan kepanikan penduduk Israel, dengan nada gembira akhbar negara haram Yahudi itu memaparkan gambar kedua-dua pejuang tersebut padahal pihak Zionis enggan mengaku bertanggung jawab dalam pengeboman yang menyebabkan kematian Imad Mughniye pada tahun 2008.

Walau bagaimanapun pihak Zionis juga khuatir dengan reaksi Hizbullah dan cuba mengemukakan berbagai alasan seperti mendakwa pejuang Jihad Mughniye dan rakan-rakannya sedang memasang tapak pelancar roket di kawasan yang berhampiran dengan bukit Golan.

Saluran 10 televisyen Israel sebelum ini melaporkan sasaran utama serangan ini ialah komandan operasi Hizbullah, Abu Ali Tabataba'i manakala pihak Hizbullah mengumumkan beliau terselamat dalam kejadian tersebut.

Penganalisa-penganalisa politik menjangka pihak Hizbullah akan segera memberikan jawapan balas dalam masa terdekat ini. Menurut sebahagian analisa, rejim Zionis menyangka waktu ini adalah peluang keemasan untuk menyerang parti politik bersenjata tajaan Iran tersebut kerana mereka sedang sibuk membasmi elemen-elemen pengganas Wahabi di Iraq dan Syria.

Dalam keganasan terbaru rejim Zionis pada hari Ahad lalu, sebuah konvoi telah diserang helikopter Israel sehingga menyebabkan kematian 9 anggota pejuang Hizbullah.

Media Hizbullah memaklumkan pejuang-pejuangnya terkorban dalam serangan missil helikopter Israel ketika sedang meninjau kawasan kota kecil al-Amal di Qanitra.

Antara mereka yang terkorban ialah Jihad Mughniye, anak kepada as-Syahid Imad Mughniye bersama 7 rakan-rakannya yang lain. Sepah Pasdaran Iran turut memaklumkan kematian General Muhammad Ali Alladadi dalam serangan tersebut.

Penulis Arab terkenal, Abdul Bari 'Atwan dalam tulisan terbarunya menegaskan pihak Hizbullah pasti sudah sedia dan akan melancarkan serangan. Hizbullah dilihat buat pertama kalinya mengeluarkan kenyataan rasmi akan menyerang balas serangan Israel.

Pengerusi badan perisikan Israel, Amos Yadlin mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan memainkan peranan sekiranya Hizbullah menceroboh kawasan Israel. Katanya lagi, "Kita perlu tunggu jawapan Hizbullah.

Surat khabar Yedioth Ahronoth menulis, "Kemungkinan Hizbullah akan menyerang kepentingan Israel di luar negara. Hizbullah memaklumkan pihaknya tidak akan bertindak dalam keadaan tegang dan jawapan ini akan dilaksanakan tepat pada waktunya."