24 Februari 2016 - 15:35
Saudi ganyang Lubnan kerana tidak sokong dasar anti Iran

Arab Saudi menggantung bantuan ketenteraan terhadap Lubnan akibat tidak mendukung dasar anti Iran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Arab Saudi menunda bantuan ketenteraan kepada Lubnan minggu lalu sebagai tindak balas terhadap kegagalan Lubnan mengutuk serangan penunjuk perasaan Iran terhadap kedutaan Arab Saudi pada Januari lalu.

Kementerian Luar Arab Saudi juga mengeluarkan amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan dan menggesa mereka meninggalkan negara itu atas aspek keselamatan, lapor agensi berita SPA.

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan amaran terdahulu mengenai keselamatan di Lubnan tetapi kenyataan itu muncul pada waktu yang sensitif dalam hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.