4 Oktober 2016 - 07:19
Hasan Nasrullah: Pengajaran Utama Asyura Adalah Kemenangan Darah Ke Atas Pedang.

Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrullah mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa semasa menjadi bukti kukuh akan kebenaran mesej penting tragedi Asyura iaitu "kemenangan darah ke atas pedang".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrullah mengatakan bahawa peristiwa-peristiwa semasa menjadi bukti kukuh akan kebenaran mesej penting tragedi Asyura iaitu "kemenangan darah ke atas pedang".

Hasan Nasrullah pada malam pertama Muharram 1438 telah menyampaikan ucapannya di kompleks Sayyidus Syuhada yang terletak di Beirut dengan memanggil rakyat untuk menyertai majlis-majlis yang mengenang dan menghidupkan peristiwa Asyura di seluruh negara.

Beliau berkata bahawa Saidina Hussain (cucu kepada Nabi Muhammad s.a.w.w) setelah 1400 tahun berlalu masih berupaya untuk membangkitkan rakyat secara am.

"Dan itulah yang berlaku semasa revolusi Islam Iran, kebangkitan (golongan) muqawwamah (iaitu Hizbullah), dan perlawanan menentang golongan Takfiri. Nalar, semangat dan keazaman ini masih segar dan aktif pada zaman ini."

"Islam hidup, tersebar, dan berkembang kerana berkat pengorbanan Imam Hussain," tambah beliau.

Sementara itu, beliau berkata, "Kemenangan bermakna menyekat matlamat asasi musuh. Oleh itu, apabila 'Gerakan Muqawwamah' berjaya menyekat musuh daripada mencapai matlamat mereka, ini bermakna ia sudah berjaya."

Di dalam masa yang sama, beliau juga mengatakan bahawa "Tahap kejayaan yang lebih tinggi juga wujud apabila 'Gerakan Muqawwamah' bukan sekadar mampu menyekat musuh daripada menggapai matlamat mereka bahkan ia turut memperoleh objektinya sendiri seperti yang berlaku di antara tahun 1985 dan 2000."

Beliau juga merujuk kumpulan Takfiri yang cuba mendekatkan diri kepada Allah dengan membunuh dan menyembelih mangsa sebagai keturunan kepada Muslim bin Uqba yang bertangungjawab mengepung, menawan, dan menjarah Madinah ketika pemerintahan Dinasti Umayyah.