9 Oktober 2016 - 13:58
Pesawat Pejuang Saudi Sasarkan Dewan yang Sarat Dengan Orang Awam/ Gambar

Pesawat-pesawat tempur Arab Saudi telah mengebom sebuah majlis pengebumian di ibu negara Yaman, Sana'a.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pesawat-pesawat tempur Arab Saudi telah mengebom sebuah majlis pengebumian di ibu negara Yaman, Sana'a pada Sabtu lepas.

Stesen TV al-Masirah melaporkan bahawa serangan itu setakat hari sabtu telah mengakibatkan korban jiwa sebanyak 140 orang.

Majlis pengebumian itu dilangsungkan untuk bapa salah seorang pegawai tinggi kerajaan.

Pada September yang lalu, Arab Saudi juga telah menyasarkan sebuah majlis perkahwinan yang menyaksikan 130 orang awam terkorban. Insiden itu dilaporkan berlaku di Ta'izz. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan perempuan sekaligus mengundang kritikan antarabangsa ke atas rejim Riyadh.

Arab Saudi telah melancarkan serangan ke atas Yaman sejak Mac 2015. Campur tangan Riyadh di dalam isu dalaman Yaman dilihat oleh sebahagian pihak sebagai usaha mereka untuk mengekang apa yang mereka dakwa sebagai pengaruh Tehran di rantau itu.