Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat, Britain, dan utusan khas PBB ke Yaman telah mendesak kesemua pihak yang bertelagah di dalam konflik di Yaman untuk mengumumkan gencatan senjata secepat mungkin.
Setiausaha Negara A.S, John Kerry berkata bahawa jikalau pihak yang bertelagah di Yaman menerima usul tersebut, wakil khas PBB ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed akan berusaha untuk mencapai sesuatu daripada gencatan senjata itu. Beliau membuat kenyataan itu setelah menghadiri sebuah mesyuarat diplomatik di London.
"Sekarang adalah masanya untuk mengimplementasikan sebuah gencatan senjata tanpa syarat sebelum bergerak ke meja rundingan," kata Kerry selepas bertemu dengan Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson dan para pegawai lain di London. "Pada hari ini, kami tidak mampu menggambarkan betapa pentingnya keganasan perlu ditamatkan di Yaman," tambah beliau lagi.
Beliau juga berkata gencatan senjata itu juga perlu diimplementasikan secepat mungkin yang bermakna perkara itu perlu dilaksanakan pada hari Isnin atau Selasa ini. Ketua diplomat A.S itu juga menegaskan bahawa konflik di Yaman telah mencipta sebuah krisis kemanusiaan dan kesihatan yang membimbangkan.
Sementara itu, Boris Johnson mengatakan bahawa krisis di Yaman telah menyebabkan kebimbangan penduduk dunia berikutan laporan korban perang yang tidak boleh diterima sama sekali.
Kempen Saudi ke atas Yaman menghadapi kritikan yang teruk berikutan pengeboman yang dilakukan Riyadh ke atas sebuah majlis perkabungan yang menyaksikan lebih 140 orang awam terkorban.
A.S turut membantu Saudi dan pakatan tajaan Riyadh di dalam keganasan mereka ke atas Yaman yang sehingga kini telah meragut 10000 nyawa.
Kerry berkata gencatan senjata itu perlu diimplementasikan secepat mungkin.
A.S dan Britain Gesa Gencatan Senjata Segera Di Yaman.
16 Oktober 2016 - 17:12
News ID: 785922
Amerika Syarikat, Britain, dan utusan khas PBB ke Yaman telah mendesak kesemua pihak yang bertelagah di dalam konflik di Yaman untuk mengumumkan gencatan senjata secepat mungkin.