Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pusat Pemerintah Operasi Bersama Iraq (JOC) telah mengumumkan bahawa lebih daripada 700 orang pengganas Takfiri telah terbunuh dan lebih daripada 20 orang pengganas telah ditangkap sejak pasukan kerajaan dan sekutunya memulakan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman pengganas.
Seramai 772 pengganas Daesh telah terbunuh dan 23 lagi yang lain ditangkap sejak operasi itu bermula pada 17 Oktober.
Menurut sebuah kenyataan yang dibuat oleh JOC, 127 bom kereta, 27 mortar buatan sendiri, bahan letupan dan sejumlah senjata api juga dimusnahkan sepanjang tempoh tersebut.
Selain daripada itu 4 buah rumah yang telah dipasang dengan jerangkap, 397 alat letupan dan lima bom motosikal juga telah diletupkan. Sebuah pusat perintah para pengganas, 40 lokasi pertahanan mereka, bunker-bunker dan tiga senjata berat juga telah dimusnahkan.
Pada hari Khamis pagi, pasuka keselamatan Iraq juga telah berjaya merampas kembali kampung Wadi al-Qasab yang terletak di daerah al-Shoura. Kampung al-Hamza yang terletak di daerah Hammam al-Alil juga telah jatuh ke tangan pasukan kerajaan. Kedua-dua kawasan itu terletak di selatan Mosul.
Kumpulan pengganas Takfiri mengalami kerugian yang besar di Mosul.
772 Pengganas Takfiri Daesh Terbunuh Manakala 23 lagi Ditangkap Sejak Operasi Bebaskan Mosul Bermula.
28 Oktober 2016 - 03:49
News ID: 788277
Seramai 772 pengganas Daesh telah terbunuh dan 23 lagi yang lain ditangkap sejak operasi itu bermula pada 17 Oktober.