30 Oktober 2016 - 17:47
Pusat Pemerintah Tentera Udara A.S Minta Maaf Kepada Rusia Kerana Terbang Terlalu Dekat Dengan Pesawat Su-35.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, pada 17 Oktober lepas, sebuah pesawat AWACS A.S dilaporkan telah melanggar peraturan penerbangan apabila secara berbahaya mendekati sebuah pesawat Su-35 milik Rusia di ruang angkasa Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, pada 17 Oktober lepas, sebuah pesawat AWACS A.S dilaporkan telah melanggar peraturan penerbangan apabila secara berbahaya mendekati sebuah pesawat Su-35 milik Rusia di ruang angkasa Syria.

"Pada 17 Oktober, anak kapal pesawat E-3 AWACS milik A.S melakukan penurunan altitud sebanyak seribu meter dari tempat tinggi dan secara berbahaya menghampiri jet Su-35 Rusia pada jarak kurang daripada 500 meter sekaligus melanggar semua peraturan keselamatan udara di ruang udara Syria yang terletak berhampiran Dayr al-Zaur," kata Mejar Jeneral Igor Konashenkov.

Tidak lama selepas kejadian itu, pusat perintah tentera udara Rusia di pangkalan udara Hmeimim yang terletak di Latakia, Syria menghubungi pihak A.S untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak mereka.

Konashenkov berkata para wakil tentera udara A.S kemudiannya "memohon maaf atas kejadian itu dan berjanji untuk bekerjasama dengan juruterbang terbabit untuk mengelakkan situasi sedemikian berulang semula."

Walaubagaimanapun ketua pusat pemenrintahan tentera udara Amerika Syarikat, Leftenan Jeneral Jeff Harrigian pada hari Jumaat lalu mendakwa bahawa pesawat tentera Rusia terbang terlalu hampir kepada jet Amerika Syarikat di dalam ruang angkasa Syria pada 17 Oktober.

Moscow terkejut dengan percubaan Pentagon untuk meletakkan kesalahan pada tentera udara Rusia di atas insiden tersebut.

"Kami terkejut dengan satu lagi percubaan daripada para pemerintah tentera AS untuk menyalahkan pendekatan berbahaya pesawat AS kepada Su-35 jet pejuang pada Aerospace Angkatan Rusia."

Konashenkov berkata juruterbang Rusia dan Amerika Syarikat saling bekerjasama untuk mengelakkan sebarang insiden di ruang udara Syria, sambil menambah bahawa Moscow terlebih dahulu sudah memaklumkan laluan pesawat Su-35 miliknya.