Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para pengundi di tiga buah bandar kecil di negeri New Hampshire, A.S telahpun membuang undi mereka di dalam sebuah undian yang dibuat pada tengah malam hari pengundian.
Para penduduk bandar Dixville Notch, Hart's Location dan Millsfield dibenarkan mengundi lebih awal berasaskan undang-undang New Hampshire yang mendekrikan bahawa mana-mana komuniti di dalam negeri itu yang berjumlah kurang daripada 100 pengundi boleh memulakan proses tersebut pada tengah malam hari pengundian dan menutup pusat pengundian sejurus selepas para pengundi berdaftar telah membuang undi mereka.
Menurut USA Today, para pengundi di tiga buah komuniti kecil itu secara majoriti memilih calon Republikan, Donald Trump sekaligus meletakkan beliau di hadapan lawannya daripada parti Demokrat, Hillary Clinton dengan kiraan undian 32-25.
Tradisi membuang undi di tengah malam itu bermula di Hart's Location pada tahun 1948. Dixville Notch yang jauh lebih terkenal di antara trio tersebut pula memulakan tradisi mereka pada tahun 1960.
Para pengundi di bandar-bandar lain New Hampshire walaubagaimanapun harus menunggu sehingga waktu rasmi pembuangan undi bermula iaitu 7.00 pagi menurut waktu tempatan.
Keseluruhan 50 negeri di A.S akan membuka peti undi mereka pada hari Selasa. Pemasaan walaubagaimanapun akan berbeza mengikut negeri masing-masing.
Seramai 120 juta rakyat daripada 230 juta pengundi berdaftar dijangka akan turun mengundi di dalam pilihan raya tersebut.
8 November 2016 - 15:54
News ID: 790640
Para pengundi di tiga buah bandar kecil di negeri New Hampshire, A.S telahpun membuang undi mereka di dalam sebuah undian yang dibuat pada tengah malam hari pengundian.