Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Selasa menafikan dakwaan pihak media asing yang mengatakan Tentera Udara Rusia telah melancarkan serangan ke atas kawasan pinggir Idlib.
Beliau menafikan kenyataan yang dibuat oleh pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdul Rahman yang mendakwa bahawa peluru berpandu tentera Rusia telah jatuh mengenai sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalan raya sekaligus membunuh tujuh orang daripada mereka.
"Kementerian Pertahanan Rusia menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh media asing yang mengatakan bahawa Tentera Udara Rusia telah melancarkan serangan ke kawasan pinggir bandar Idlib," kata jurucakap itu.
"Pihak Tentera Udara Rusia tidak mengendalikan sebarang penerbangan di atas kawasan yang disebutkan pada 8 November dan sama sekali tidak melancarkan serangan peluru berpandu," katanya tegas.
Rusia Nafikan Dakwaan Media Yang Mengatakan Tenteranya Mengebom Pinggir Bandar Idlib Pada 8 November.
8 November 2016 - 17:03
News ID: 790663
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia pada hari Selasa menafikan dakwaan pihak media asing yang mengatakan Tentera Udara Rusia telah melancarkan serangan ke atas kawasan pinggir Idlib.