Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, retorik Jabatan Negara Amerika Syarikat tentang tindakan Rusia di Syria adalah berasaskan penipuan semata-mata.
"Kami tidak tahu bagaimana Elizabeth Trudeau mendapatkan maklumatnya tentang perkara yang berlaku di Syria. Tindakan mengulangi khabar angin yang sama tentang dakwaan pengeboman 5 buah hospital dan sebuah hospital bergerak hanya mengesahkan bahawa retorik Jabatan Negara Amerika Syarikat tentang situasi di Syria berasaskan pada penipuan semata-mata," kata Mejar Jeneral Igor Konashenkov pada hari Selasa.
"Di sebalik setiap permohonan daripada pihak kami untuk melihat bukti-bukti (berkaitan dakwaan mereka), tiada sebarang bukti diberikan. Perkara yang ada hanyalah dakwaan yang tidak berasas." kata beliau lagi.
"Tugas yang paling penting buat mereka adalah menuduh Rusia dengan pelbagai perkara pada hari ini dan pada keesokan harinya, akan datang pula seorang jurucakap lain yang akan menggantikan Trudeau yang mana dia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa yang telah dikatakan olehnya (Trudeau) sebelum ini," kata beliau lagi.
16 November 2016 - 17:51
News ID: 792394
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, retorik Jabatan Negara Amerika Syarikat tentang tindakan Rusia di Syria adalah berasaskan penipuan semata-mata.