17 November 2016 - 08:22
Shinzo Abe Dijangka Bertemu Trump Di New York.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangkakan akan bertemu dengan bakal Presiden A.S yang baru, Donald Trump di bandar New York pada hari Khamis dalam apa yang dilihat oleh pemerhati sebagai langkah memperkukuhakan hubungan dua hala kedua-dua negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dijangkakan akan bertemu dengan bakal Presiden A.S yang baru, Donald Trump di bandar New York pada hari Khamis dalam apa yang dilihat oleh pemerhati sebagai langkah memperkukuhakan hubungan dua hala kedua-dua negara itu.

"Adalah penting pada peringkat awal untuk membina keyakinan peribadi (di antara kedua-dua pihak) sambil berbual tentang perkara asas," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

Suga berkata bahawa agenda pertemuan itu masih belum diperincikan lagi.

Abe sebelum ini telah mengucapkan tahniah kepada Trump pada minggu lepas sambil berikrar untuk terus memperkukuhkan kerjasama kedua-dua negara.

Menurut media tempatan, Abe dipetik berkata bahawa persekutuan di antara Jepun dan A.S akan memanfaatkan kedua-dua buah negara.

Abe dijangka akan melawat New York dalam rangka lawatan beliau ke Lima, Peru untuk menghadiri sidang Kerjasama Ekonomi Asia Psifik (APEC) yang dirancang berlangsung pada 19 hingga 20 November ini.