Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, para militan di beberapa lokasi di timur Aleppo telah melepaskan tembakan ke arah orang yang awam yang berdemonstrasi sekaligus membunuh puluhan daripada mereka dan mencederakan lebih 40 orang yang lain.
Lebih kurang 500 orang awam dilaporkan telah mengambil bahagian di dalam tunjuk perasaan itu di kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pada hari Khamis lalu. Sekurang-kurangnya 200 orang daripada mereka dikatakan cuba untuk meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke arah kawasan yang dikuasai oleh tentera kerajaan.
"Para militan menyuraikan mereka dengan menmbak ke arah para penunjuk perasaan dengan menggunakan sebuah mesingan berat. Mereka juga meletakkan periuk api di kawasan berhampiran tempat pemeriksaan. Para penembak tepat juga ditugaskan di atap rumah-rumah berdekatan," kata jurucakap itu.
"17 orang terbunuh di tempat kejadian termasuk dua remaja berusia 13 dan 15 tahun. 40 lagi dilaporkan cedera," tambah beliau.
Selepas menyuraikan tunjuk perasaan, para pengganas melancarkan operasi memburu mereka yang disyaki menganjurkan tunjuk perasaan itu. Menurut kementerian itu, 10 orang ditahan dan dibunuh dengan kejam di tempat yang tidak diketahui.
19 November 2016 - 07:45
News ID: 792848
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, para militan di beberapa lokasi di timur Aleppo telah melepaskan tembakan ke arah orang yang awam yang berdemonstrasi sekaligus membunuh puluhan daripada mereka dan mencederakan lebih 40 orang yang lain.