20 November 2016 - 07:33
Pihak Keselamatan Indonesia Cekup 5 Suspek Yang Disyaki Rekrut Ahli Bagi Kumpulan DAESH.

Pihak keselamatan Indonesia telah menangkap 5 orang suspek yang disyaki merekrut para militan untuk kumpulan Takfiri Daesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak keselamatan Indonesia telah menangkap 5 orang suspek yang disyaki merekrut para militan untuk kumpulan Takfiri Daesh.

Menurut surat khabar Jakarta Globe, para suspek ditangkap pada hari Jumaat di bandar Bekasi yang terletak kurang 20 batu dari ibu kota Jakarta.

Indonesia sentiasa berada di dalam keadaan berjaga-jaga sejak serangan pengganas Januari lepas. Serangan itu melibatkan beberapa siri letupan dan tembakan yang berlaku di pusat bandar berhampiran pusat maklumat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 4 orang awam dan 4 orang penyerang terbunuh di dalam tragedi itu.

Kumpulan Takfiri Daesh diharamkan di beberapa negara termasuk Rusia dan mereka sebelum ini berjaya merampas kawasan yang luas meliputi beberapa wilayah di Syria dan Iraq.

Menurut sumber rasmi kerajaan tempatan, sekitar 500 orang rakyat Indonesia telah menyertai kumpulan itu di negara yang dilanda perang, Syria.