25 November 2016 - 17:56
Iran Berikrar Untuk Perangi Keganasan Habis-habisan: Rouhani.

Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa Iran bertekad untuk menentang keganasan 'habis-habisan' selepas kumpulan Takfiri Daesh meletupkan sebuah stesen minyak di Hillah, Iraq sekaligus membunuh puluhan penziarah pada hari Khamis semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata bahawa Iran bertekad untuk menentang keganasan 'habis-habisan' selepas kumpulan Takfiri Daesh meletupkan sebuah stesen minyak di Hillah, Iraq sekaligus membunuh puluhan penziarah pada hari Khamis semalam.

Di dalam sebuah mesej, Rouhani pada hari Jumaat mengutuk pengeboman yang mengakibatkan sekitar 100 orang terbunuh termasuk para penziarah Iran itu sebagai sebuah tindakan 'terdesak' daripada kumpulan pengganas.

"Republik Islam (Iran) masih tetap bertekad untuk berperang 'habis-habisan' menentang para pengganas dan ekstremis," kata Presiden itu.

Sebuah trak yang diisi dengan bom telah diletupkan di sebuah stesen minyak di kampung Shomali yang terletak di subbandar Hillah pada hari Khamis semalam. Kumpulan pengganas Takfiri Daesh telahpun mengaku bertanggungjawab ke atas tragedi itu.

Rouhani juga berkata perkara ini menunjukkan "betapa terdesaknya para pengganas yang hauskan darah dan tidak berhati perut itu". Beliau juga memberitahu bahawa Iran sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada kerajaan Iraq di dalam rangka membantu para mangsa kejadian letupan tersebut.

Insiden itu berlaku di sebalik kesibukan para penziarah yang mahu pulang ke kampung halaman mereka setelah menyertai perarakan memperingati ulang tahun Arbain yang menandakan hari ke-40 selepas kesyahidan Imam Hussein di Karbala.