26 November 2016 - 17:03
Fidel Castro Meninggal Dunia Pada Usia 90 Tahun.

Pemimpin legenda Cuba yang memimpin revolusi Cuba, Fifel Castro telah meninggal dunia pada usia 90 tahun pada hari ini, umum adiknya, Presiden Raul Castro.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin legenda Cuba yang memimpin revolusi Cuba, Fifel Castro telah meninggal dunia pada usia 90 tahun pada hari ini, umum adiknya, Presiden Raul Castro.

"Pemimpin revolusi Cuba telah meninggal dunia pada jam 22:29 petang ini," umum Presiden Raul Castro di dalam sebuah ucapan yang disiarkan di televisyen kebangsaan Cuba pada hari Sabtu.

Raul Castro juga berkata bahawa jasad bekas pemimpin Cuba itu akan dibakar pada awal hari Sabtu seperti yang dikehendaki mendiang di dalam wasiatnya.

Castro semasa hayatnya berjaya memimpin sebuah perang gerila yang mendapat sokongan umum di Cuba. Beliau akhirnya berjaya menggulingkan rejim Batista yang disokong Amerika Syarikat pada 1 Januari, 1959. Berikutan kejayaan beliau, Castro kemudiannya menjawat jawatan Perdana Menteri negara tersebut.

Beliau memimpin sebuah kerajaan Komunis di Cuba dan memutuskan hubungan diplomatik negara tersebut dengan A.S.

Selepas itu, A.S mula menekan kerajaan Cuba dengan mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara tersebut. Cuba yang berhadapan dengan masalah kemiskinan yang meningkat berikutan sekatan ekonomi A.S walaubagaimanapun dapat menempuhinya dengan cekal. Ketegangan kedua-dua negara meningkat semasa perang dingin berikutan isu peluru berpandu Cuba yang turut melibatkan Kesatuan Soviet.

Kedua-dua negara pada baru-baru ini mula membuka semula kedutaan mereka dan berusaha untuk memulihkan hubungan dua hala Havana dan Washington.