26 November 2016 - 17:45
Hezbollah Ucap Takziah Kepada Cuba Atas Kematian Castro.

Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Hezbollah, Sayyed Ammar Al-Mousawi telah menelefon kedutaan Cuba di Beirut dalam rangka mewakili kumpulan tersebut di dalam mengucapkan takziah kepada rakyat Cuba berikutan berita kematian pemimpin revolusi mereka, Fidel castro.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ketua Bahagian Hubungan Antarabangsa Hezbollah, Sayyed Ammar Al-Mousawi telah menelefon kedutaan Cuba di Beirut dalam rangka mewakili kumpulan tersebut di dalam mengucapkan takziah kepada rakyat Cuba berikutan berita kematian pemimpin revolusi mereka, Fidel castro.

Beliau menegaskan bahawa Castro adalah umpama sebuah 'menara pemberontakan' di seluruh dunia.

Al-Mousawwi juga menyampaikan keyakinan beliau bahawa kepimpinan di Cuba akan terus mengikuti jejak mendiang pemimpin mereka.