Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menamakan Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin sebagai simbol perjuangan di dalam dunia multipolar.
Beliau memuji Presiden Rusia di dalam sebuah pertemuan ringkas bersama Speaker Duma Negara Rusia, Vyacheslav Volodin yang berlangsung semasa upacara berkabung ke atas kematian Fidel Castro di Havana.
"Kejayaan Putin adalah kejayaan kami." kata Maduro. "Kami semua memandang ke arah Putin. Beliau adalah simbol dalam perjuangan demi kemerdekaan dan dunia multipolar," kata beliau.
Beliau juga menyampaikan pesan untuk Putin kepada Volodin yang menyatakan beliau berharap Presiden Rusia itu sentiasa sihat sejahtera.
30 November 2016 - 12:23
News ID: 795179
Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menamakan Presiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin sebagai simbol perjuangan di dalam dunia multipolar.