2 Disember 2016 - 16:08
Tehran Kecam Senat A.S Kerana Perpanjang Akta Sekatan Ke Atas Iran Untuk 10 Tahun Lagi.

Tehran mengecam tindakan Senat A.S yang mengundi untuk memperpanjangkan Akta Sekatan ke atas Iran (ISA) untuk tempoh sedekat lagi dan menganggap tindakan itu sebagai mencabul perjanjian nuklear yang dicapai sebelum ini di antara Iran dan kumpulan P5+1 pada tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tehran mengecam tindakan Senat A.S yang mengundi untuk memperpanjangkan Akta Sekatan ke atas Iran (ISA) untuk tempoh sedekat lagi dan menganggap tindakan itu sebagai mencabul perjanjian nuklear yang dicapai sebelum ini di antara Iran dan kumpulan P5+1 pada tahun lepas.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Jumaat berkata bahawa tindakan memperpanjangkan rang undang-undang sekatan untuk 10 tahun lagi berlawanan dengan perjanjian nuklear yang dipersetujui di antara Tehran, A.S dan 5 buah kuasa dunia yang lain - Rusia, China, Perancis, Britain dan Jerman - pada Julai 2015.

Akta itu membenarkan presiden A.S untuk mengenakan sekatan ke atas Republik Islam Iran.