Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah kumpulan pemerhati,tentera Syria dan sekutu mereka telah berjaya merampas kembali hampir 60 peratus kawasan timur Aleppo daripada cengkaman kumpulan militan termasuk Jabhat al-Nusra yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata pada hari Sabtu bahawa tentera Syria yang disokong oleh sekutunya berjaya merampas kembali kejiranan Tariq al-Bab daripada pengusaan kumpulan militan.
Kemaraan itu turut mengembalikan kawalan ke atas sebuah jalan yang menuju ke lapangan terbang Aleppo kepada tentera kerajaan. Menurut laporan, lapangan terbang Aleppo juga berada di bawah kawalan tentera Damsyik.
3 Disember 2016 - 16:38
News ID: 795780
Menurut sebuah kumpulan pemerhati,tentera Syria dan sekutu mereka telah berjaya merampas kembali hampir 60 peratus kawasan timur Aleppo daripada cengkaman kumpulan militan termasuk Jabhat al-Nusra yang merupakan sekutu al-Qaeda di Syria.