Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seramai 10 orang dilaporkan cedera apabila para pengganas di timur Aleppo membedil kampung Nubbul dan al-Zahraa yang terletak di utara bandar itu.
Menurut agensi berita SANA pada hari Ahad, sebanyak 21 butir peluru meriam jatuh di kedua-dua kampung itu sekaligus mencederakan 10 orang penduduk awam dan menyebabkan kerosakan yang teruk ke atas beberapa buah rumah dan harta persendirian.
Para pengganas yang kini terkepung di kawasan timur Aleppo dikatakan terus membedil kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera kerajaan.
Pada hari Sabtu lepas, tentera kerajaan Syria dengan bantuan sekutunya merampas kembali dua buah daerah di kawasan timur Aleppo setelah para militan di daerah-daerah itu enggan meninggalkan bandar itu secara aman.
Pertempuran di Aleppo sudah berterusan selama beberapa bulan dengan ribuan penduduk awam dikatakan terperangkap di kawasan timur bandar itu. Pihak kerajaan telah menyediakan laluan khas untuk penduduk awam menginggalkan kawasan timur Aleppo yang dikepungnya. Akan tetapi, terdapat banyak laporan yang menunjukkan para militan menembak mereka yang ingin meninggalkan kawasan itu.
4 Disember 2016 - 13:17
News ID: 795957
Seramai 10 orang dilaporkan cedera apabila para pengganas di timur Aleppo membedil kampung Nubbul dan al-Zahraa yang terletak di utara bandar itu.