5 Disember 2016 - 15:38
Militan Kuasai Kawasan Seluas 18 Kilometer Persegi Di Timur Aleppo

Lebih kurang 18 kilometer persegi kawasan di bandar Aleppo dilaporkan masih dikuasai oleh pihak militan. Perkara itu dinukilkan oleh Agensi Berita RIA Novosti pada hari Isnin daripada seorang sumber pihak tentera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih kurang 18 kilometer persegi kawasan di bandar Aleppo dilaporkan masih dikuasai oleh pihak militan. Perkara itu dinukilkan oleh Agensi Berita RIA Novosti pada hari Isnin daripada seorang sumber pihak tentera.

"Jika kami mengambil kira keseluruhan keputusan awal daripada serangan pihak tentera Syria yang dilancarkan beberapa minggu kebelakangan ini, kami mampu mengatakan bahawa sehingga hari ini, pihak kami telah mengepung kumpulan militan di dalam kawasan berkeluasan lebih kurang 18 kilometer persegi," kata sumber itu.

Sepanjang minggu lepas, pihak kerajaan yang dibantu oleh sekutunya telah berjaya merampas kembali beberapa buah daerah di timur Aleppo. Mereka juga giat meneruskan usaha membebaskan kawasan tersebut daripada cengkaman kumpulan militan setelah kumpulan tersebut enggan untuk meninggalkan bandar itu ataupun menyerah diri.

Sebelum ini, media tempatan, Al-Watan mengatakan bahawa kumpulan bersenjata kini giat berunding dengan pihak kerajaan berkaitan syarat penyerahan diri mereka di kawasan tersebut.