17 Disember 2016 - 13:10
Tentera Syria Patahkan Serangan Besar-besaran Daesh Ke Atas Pangkalan Berdekatan Palmyra

Tentera Arab Syria yang bertugas di pangkalan udara Tiyas T4 telah mematahkan serangan besar-besaran para pengganas Takfiri Daesh pada hari Sabtu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Arab Syria yang bertugas di pangkalan udara Tiyas T4 telah mematahkan serangan besar-besaran para pengganas Takfiri Daesh pada hari Sabtu. Pangkalan itu dilaporkan terletak di barat bandar Palmyra.

Pada hari Isnin lalu, Palmyra telah dirampas semula oleh kumpulan takfiri Daesh setelah beberapa bulan sebelumnya dibebaskan oleh Tentera Arab Syria yang disokong oleh serangan udara Rusia. Daesh telah memaksa tentera Syria untuk berundur meninggalkan kedudukan mereka di bandar itu dan kemudiannya berkumpul semula di pangkalan T4 tersebut.

Pangkalan itu pada masa ini menjadi kubu kuat yang memisahkan antara kawasan yang dikuasai pengganas dan tentera kerajaan Damsyik.