Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut media Lubnan, presiden negara tersebut, Michel Aoun telah meluluskan pembentukan kerajaan baru yang akan diketuai oleh Perdana Menteri Saad Hariri.
Kerajaan itu dilaporkan terdiri daripada 30 orang menteri yang mewakili kumpulan politik dan agama yang berbeza-beza.
Pada 7 November lalu. para penggubal undang-undang Lubnan telah mengundi untuk melantik bekas ketua Tentera Lubnan, Aoun untuk menjadi presiden negara tersebut.
Pemilihan Aoun menamatkan kebuntuan politik yang melanda negara itu selama 2 tahun. Perkara itu terjadi setelah bekas Presiden Lubnan, Michel Sleiman menamatkan penggalnya pada tahun 2014 sekaligus mewujudkan perbalahan politik dalaman di negera Arab itu.
19 Disember 2016 - 07:58
News ID: 799244
Menurut media Lubnan, presiden negara tersebut, Michel Aoun telah meluluskan kerajaan baru yang diketuai oleh Perdana Menteri Saad Hariri.