Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Surat khabar Jerman, Bild, pada hari Rabu telah menyiarkan foto seorang suspek yang disyaki terlibat di dalam serangan rempuhan lori ke atas orang awam di sebuah pasar di Berlin.
Menurut laporan Bild, polis kini sedang berusaha mengesan seorang warga Tunisa bernama Anis A. Dia dilaporkan berusia di antara 21 hingga 23 tahun. Suspek juga dikatakan memiliki beberapa keping pasport.
Pada awal hari yang sama, majalah Spiegel turut melaporkan bahawa dokumen pengenalan diri Anis A telah ditemui di bawah tempat duduk pemandu lori tersebut.
Pada hari Isnin, sebuah lori telah merempuh ke arah sekumpulan orang awam yang berada di pasar Krimas Berlin di medan Breitscheidplatz sekaligus membunuh 12 orang daripada mereka dan mencederakan 49 yang lain.
21 Disember 2016 - 13:46
News ID: 799787
Surat khabar Jerman, Bild, pada hari Rabu telah menyiarkan foto seorang suspek yang disyaki terlibat di dalam serangan rempuhan lori ke atas orang awam di sebuah pasar di Berlin.