Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut saksi, kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada hari Selasa telah membakar hidup-hidup 4 orang warga awam yang dipercayai mengintip untuk pihak bersenjata Kurdis di wilayah Deir ez-Zor.
Pihak keselamtan Daesh yang dikenali sebagai Diwan al-Hisba telah menahan 4 orang tersebut pada 3 bulan lepas. Mereka kemudiannya didakwa membantu pihak Kurdis di Syria.
Daesh turut menuduh 4 orang tersebut sebagai telah membocorkan rahsia berkaitan pergerakan kumpulan itu di Deir ez-Zor.
Mahkamah Daesh telah menjatuhkan hukuman tidak berperikemanusiaan ke atas mangsa. Mereka kemudiannya dibakar di tempat awam secara hidup-hidup.
Ratusan saksi melihat penyiksaan dan pembunuhan itu. Ahli keluarga mangsa juga dilaporkan dipaksa untuk melihat pembunuhan kejam tersebut.
Setelah dibakar, mayat-mayat mereka dicampake ke sungai Euphrates.
21 Disember 2016 - 17:31
News ID: 799843
Menurut saksi, kumpulan pengganas Takfiri Daesh pada hari Selasa telah membakar hidup-hidup 4 orang warga awam yang dipercayai mengintip untuk pihak bersenjata Kurdis di wilayah Deir ez-Zor.