Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Para aktivis telah mengecam tindakan para pegawai Bahrain yang menganjurkan perayaan Israel pada minggu lepas. Perkara itu dilaporkan oleh rangkaian televisyen Bahrain, LuaLua pada hari Rabu.
Mereka turut menyeru Dewan Perniagaan dan Industri Bahrain untuk menghukum para ahlinya yang mengambil bahagian di dalam perayaan Hanukkan, sambil menuntut mereka untuk meminta maaf kerana menyertai perayaan tersebut.
Para aktivis itu turut menyatakan solidariti mereka dengan perjuangan Palestin dan menegaskan keperluan untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka dengan al-Quds sebagai ibu negaranya.
Pada tahun lepas, Raja Bahrain Hamad bin Isa bin Salman Al Khalifah menganjurkan perayaan Hanukkah di Manama.