Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat tertinggi Trump, Kellyanne Conway berkata bahawa sekatan terbaharu pentadbiran Obama ke atas Rusia bersifat 'simbolik' dan merupakan sebuah usaha mereka untuk mengekang polisi bakal Presiden A.S, Donal Trump yang mahukan hubungan rapat di antara Washington dan Kremlin.
Pentadbiran Obama yang akan tamat perkhidmatannya telah mengenakan sekatan baharu ke atas pasukan perisikan ketenteraan dan perkhidmatan keselamatan Rusia dan dalam masa yang sama turut mengusir seramai 35 orang diplomat negara itu di atas dakwaan Washington ke atas penglibatan Moscow di dalam serangan siber ke atas institusi-institusi A.S. Kerajaan Rusia telah menyangkal dakwaan itu sekeras-kerasnya.
Trump berulang kali mempertikaikan dakwaan berkaitan penglibatan Rusia di dalam serangan siber, termasuk membocorkan maklumat sensitif yang mencemarkan kempen pilihan raya Hillary Clinton. Akan tetapi beliau mengumumkan bahawa beliau akan dilaporkan tentang perkara tersebut oleh para pemimpin perisikan pada minggu hadapan.
"Sudah masanya negara kita meneruskan (langkah kerja) ke arah perkara yang lebih besar dan lebih baik. Apapun, dengan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat kita, saya akan menemui beberapa pemimpin daripada komuniti perisikan pada minggu hadapan untuk mengemaskini maklumat (saya) berkaitan situasi ini," kata Trump.
30 Disember 2016 - 08:29
News ID: 801646
Penasihat tertinggi Trump berkata bahawa sekatan terbaharu pentadbiran Obama ke atas Rusia bersifat 'simbolik' dan merupakan sebuah usaha mereka untuk mengekang polisi bakal Presiden A.S, Donal Trump yang mahukan hubungan rapat di antara Washington dan Kremlin.