30 Disember 2016 - 08:49
Pegawai Rumah Putih Andai Trump Akan Tamatkan Sekatan Washington Ke Atas Rusia

Pentadbiran bakal Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump mungkin akan menamatkan sekatan ke atas Rusia apabila pentadbiran itu memasuki Rumah Putih pada awal tahun hadapan. Perkara itu dinyatakan oleh pegawai rasmi Rumah Putih kepada para wartawan pada hari Khamis

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentadbiran bakal Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump mungkin akan menamatkan sekatan ke atas Rusia apabila pentadbiran itu memasuki Rumah Putih pada awal tahun hadapan. Perkara itu dinyatakan oleh pegawai rasmi Rumah Putih kepada para wartawan pada hari Khamis.

"Jadi, secara hipotetikal, kamu boleh menamatkan sekatan tersebut. Akan tetapi, perkara tidak masuk akal," kata pegawai itu sambil menambah bahawa polisi luar A.S pada masa hadapan terletak di atas tangan pentadbiran baharu untuk ditentukan.

Ketika memberi komen berkaitan sekatan terbaharu A.S ke atas Moscow berikutan dakwaan bahawa Rusia telibat di dalam serangan siber ke atas institusi-institusinya, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata bahawa langkah itu diambil untuk memberikan tamparan kepada hubungan dua hala kedua-dua negara dan polisi luar pentadbiran baharu A.S.